Lirik Lagu



Lagu Pembukaan (Tanpa Kompang)

Assalamualaikum Kami Ucapkan,

Pada Mempelai Yang Cantik Samalah Padan,
Kompang At Taqwa Desa Serdang Persembahkan,
Semoga Hidup Bahagia Dan Berkekalan.



1) Iman Mutiara

Iman adalah mutiara
Di dalam hati manusia
Yang meyakini Allah
Maha Esa, Maha Kuasa

Tanpamu iman bagaimanalah

Merasa diri hamba padaNya
Tanpamu iman bagaimanalah
Menjadi hamba Allah yang bertaqwa

Iman tak dapat diwarisi

Dari seorang ayah yang bertaqwa
Ia tak dapat dijual-beli
Ia tiada di tepian pantai

Walau apapun caranya jua

Engkau mendaki gunung yang tinggi
Engkau berentas lautan api
Namun tak dapat jua dimiliki
Jika tidak kembali pada Allah



2) Sepohon Kayu

Sepohon kayu daunnya rimbun
Lebat bunganya serta buahnya
Walaupun hidup seribu tahun
Kalau tak sembahyang apa gunanya
Walaupun hidup seribu tahun
Kalau tak sembahyang apa gunanya

Kami bekerja sehari-hari
Untuk belanja rumah sendiri
Supaya Allah menjadi sayang
Kami bekerja hatilah riang
Supaya Allah menjadi sayang
Kami bekerja hatilah riang

Kami sembahyang fardhu sembahyang
Sunat pun ada bukan sebarang
Hidup di kubur yatim piatu
Tinggallah seorang dipukul dipalu
Hidup di kubur yatim piatu
Tinggallah seorang dipukul dipalu

Dipukul dipalu sehari-hari
Barulah ia sedarkan diri
Hidup di dunia tiada bererti
Akhirat di sana sangatlah rugi
Hidup di dunia tiada bererti
Akhirat di sana sangatlah rugi






3) Selamat Datang

Selamat datanglah datang…kami ucapkan
Para hadirin, hadirin para jemputan
Paluan  kompang at taqwa..kami sembahkan
Di majlis kahwinlah kahwin..kami raikan.

Jemputlah makanlah makan para tetamu
Janganlah seganlah segan janganlah malu
sambillah dengar lah dengar kompang dipalu,
menghibur hatilah hati para tetamu

Selamat datanglah datang…kami ucapkan
Para hadirin, hadirin para jemputan
Paluan  kompang at taqwa..kami sembahkan
Di majlis kahwinlah kahwin..kami raikan.

Hari bahgia…bahgia hari yang dinanti
Menyatukanlah mempelai dua sejoli
Senyumlah senyum riangnya raja sehari
Semoga kekal lah kekal…kekal abadi

Selamat datanglah datang…kami ucapkan
Para hadirin, hadirin para jemputan
Paluan  kompang at taqwa..kami sembahkan
Di majlis kahwinlah kahwin..kami raikan.



4) Anak Kampung

Memang aku ini anak orang miskin
Tiada apa –apa yang dapat ku berikan
Engkau memang cantik
Memang tidak padan dan tidak sepadan

Aku anak kampung tiada pelajaran
Kuli-kuli sahaja memang tidak padan
Cantik bah kau itu
Banyak yang tergoda lagi orang kaya

Tiada kereta ku bawa kau jalan-jalan
Rumah pun tiada ada pun bapa punya
Apa lagi belanja mau bayar berian kawin sama kamu

Bukannya ku tidak suka sama kamu
Tapi aku takut hidup kau kan sengsara
Kerna aku cinta aku lepaskan kau sama orang lain

Engkau masih muda cantik lagi menawan
Jangan lah kau cari lelaki macam saya
Engkau memang cantik
Nanti kau menyesal tiada guna

Tiada kereta ku bawa kau jalan-jalan
Rumah pun tiada ada pun bapa punya
Apa lagi belanja mau bayar berian kawin sama kamu

Bukannya ku tidak suka sama kamu
Tapi aku takut hidup kau kan sengsara
Kerna aku cinta aku lepaskan kau sama orang lain



5) Lemak Manis

Sopan santun anak melayu ,
Senyum terukir , senyum terukir bila disapa .
Dalam pantun , ku kirim rindu ,
Rindu mengalir , rindu mengalir didalam kata .

Lemak manis , ala amboi-amboi .
santan kelapa , ala amboi-amboi .
Ku pandanglah manis ,ala amboi-amboi .
anak siapa ……(2x)

Pohon sena , pohon meranti
Ditengah-tengah , ditengah-tengah buluh perindu .
Adik disana , abang disini
Ditengah-tengah , ditengah-tengah rindu menderu .

Lemak manis , ala amboi-amboi .
santan kelapa , ala amboi-amboi .
Ku pandanglah manis ,ala amboi-amboi .
anak siapa ……(2x)

Hujan di hulu tak reda-reda ,
Ribut la turun , ributlah turun bertalu-talu .
Abang dihulu , adik di kuala
Ku hanyut rindu ,kuhanyut rindu dalam perahu

Lemak manis , ala amboi-amboi .
santan kelapa , ala amboi-amboi .
Ku pandanglah manis ,ala amboi-amboi .
anak siapa ……(2x)



6) Selamat Pengantin Baru – Pukulan 12

Selamat pengantin baru
Selamat berbahagia
Selamat ke anak cucu
Selamat sejahtera

Semoga berpanjangan
Semoga berkekalan
Semoga satu tujuan
Semoga aman

Hidup mestilah kukuh
Sabar paling perlu
Cinta setiap hari
Senyum mesti selalu
oooo....

Selamat pengantin baru
Selamat berbahagia
Selamat ke anak cucu
Selamat sejahtera

Semoga berpanjangan
Semoga berkekalan
Semoga satu tujuan
Semoga aman

Hidup mestilah kukuh
Sabar paling perlu
Cinta setiap hari
Senyum mesti selalu
oooo....



7) Selamat Pengantin Baru – Baru

Selamat pengantin baru
Semoga kekal abadi bahgia
Ke anak cucu sentosa murah rezeki

Alhamdulillah bertemu jodohnya
Berkat kesucian akhir terlaksana

Pabila sedang bersanding
Janganlah suka menjeling
Menjadi raja sehari tersenyum 
Nampak berseri

Tenangkanlah hati
Dengan kesyukuran
Sabar menghadapi tempuh
Hidup baru 



8) Lagu Kompang

Kompang dipukul…bertalu-talu…
Menyambut kehadiran pengantin baru…
Mesra Ikatan Kasih Berpadu….
Kami hulurkan para tetamu….

Hai selamat pengantin baru…
Moga kekal keanak cucu…       2x

Duduk bersanding…bersama-sama
Bagaikan pinang…dibelah dua…
Sambil menjeling…sini dan sana…
Semoga kekal sehinggalah tua…

Hai selamat pengantin baru…
Moga kekal keanak cucu…       2x

Sanak saudara…semuanya ada…
Kawan-kawan dan…jiran tertangga…
Anak teruna…anak lah dara….
Bergotong royong sesama Mereka…

Hai selamat pengantin baru…
Moga kekal keanak cucu…       2x

Duduk keliling…menjamu jamah…
Ada didalam…dan diluar rumah…
Perut kenyang…hai termengah-mengah…
Termasuk kami…pakngah dan makngah…

Hai selamat pengantin baru…
Moga kekal keanak cucu…       2x



9) Cikgu Ayu

Teringat masa dulu ada seorang cikgu
Sungguh ayu
Dia bertudung litup
Senyum menawan kalbu
Memang ayu

Tiap hari pagiku ceria didada ku
Kerna cikgu
Setiap bicaramu membenihkan cintaku
Cikgu ayu

Tiap hari sabtu
Aku berjumpa cikgu
Ahad pula berlalu,
Kenapa rasa rindu?
Kacaunya jiwaku mungkin kerna cintaku
Cikgu ayu
Cintaku
Cintaku

Jalan no 1
Rumah berwarna biru kampug ulu bharu
Disitu rumah cikgu
Cikgu ayu
Cintaku
Cintaku

Ini kisah cintaku
Cuma aku yang tahu rahsiaku
Malu pada cikgu juga kawan-kawan ku ayah ibu



10) Chan Mali Chan

Chan Mali Chan Oii Oii
Chan Mali Chan Oii Oii
Chan Mali Chan ketipung payung

Dari lah pagi…hingga lah kepetang…
Tak henti-henti hai tetamu yang datang…
Menjamu selera…sampai kenyang-kenyang…
Kami ucapkan hai selamat lah datang…

Chan Mali Chan Oii Oii
Chan Mali Chan Oii Oii
Chan Mali Chan ketipung payung

Dimana dia tuan rumah kita…
Tuan rumah kita layan jiran tetangga…
Yang mana satu…pengantin kita…
Pengantin kita yang pakai macam raja…

Chan Mali Chan Oii Oii
Chan Mali Chan Oii Oii
Chan Mali Chan ketipung payung

Kompang dipalu…menyahut restu…
Pengantin duduk sambil tersenyum malu…
Kompang dipalu…mengikut lagu…
Kami sembahkan semua untuk tetamu…

Chan Mali Chan Oii Oii
Chan Mali Chan Oii Oii
Chan Mali Chan ketipung payung

Tamat lah sudah…persembahan kami…
Semoga anda terhiburlah hati….
Semoga kita…kan berjumpa lagi…
Mungkin hari esok atau dilain hari…

Chan Mali Chan Oii Oii
Chan Mali Chan Oii Oii
Chan Mali Chan ketipung payung




11) Puteri Remaja

Hei dia tengok kita
hei dia jelling mata
aduh mak senyum lagi
amboi nona manis sekali

Hei dia tengok kita
hei dia jeling mata
aduh mak senyum lagi
amboi nona manis sekali

Dia mengenyit
amboi mak aku dicubit
siapa dia
oh puteri remaja

Hei dia malu-malu
dibalik selendang yang biru
hei dia senyum padaku
itulah gadis impian ku




12) Ku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang

Ku yang dulu bukanlah yang sekarang...
Dulu ditendang sekarang ku disayang...
Dulu dulu dulu ku menderita...
Sekarang aku bahagia..

Cita - citaku menjadi orang kaya...

Dulu ku susah sekarang alhamdulillah...
Bersyukurlah pada Yang Maha Kuasa..
Memberi jalan untukku semua...

Hidupku dulunya seorang pengamen...

Pulang malam selalu bawa uang recehan...
Mengejar cita-cita paling mulia...
Membantu keluarga dirumah....

Sekolah dulu ku nggak punya biyaya...

Terpaksa ku harus mencari nafkah...
Tetapi aku tak berputus asa...
Pasti yang Kuasa memberi jalannya...

Aku yang dulu bukanlah yang sekarang...

Dulu ditendang sekarang kudisayang...
Dulu dulu dulu ku menderita..
Sekarang aku bahagia..

Cita - citaku menjadi orang kaya...

Dulu ku susah sekarang alhamdulillah...
Bersyukurlah pada Yang Maha Kuasa..
Memberi ohhh...
Memberi jalan untukku semua...



13) Joget Malam Berinai


Duduk keliling beramai ramai
Sambil berdoa Rabbul Alamin
Di malam ini malam berinai
Sembah pengantin atas pelamin
Adik dan kakak
Mari inaikan
Untuk pengantin kita raikan
Inilah malam pertama
Marilah inaikan pengantin baru
Awal pertama berinai kecil
Hanya dibuat untuk sekeluarga
malam ketiga berinai besar
Pihak pemuda bertandang sama
Amboi kacaknya
Hai hai moleknya
Bertambah seri majlis berinai
Inilah malam pertama 
Mari inaikan pengantin baru
Tamatlah sudah malam berinai
Kini menanti hari sandingnya
Di hari minggu ramai tamunya
Sana saudara bekerjasama
Inilah lagu joget berinai
Marilah inaikan pengantin baru

2 comments: