Sejarah


Pada tahun 2006 pihak Surau At Taqwa bercadang untuk menubuhkan kumpulan kompang kerana dikawasan Taman Desa Serdang atau kawasan berhampiran tidak ada lagi wujudnya kumpulan kompang. Kemudian pihak surau membuat perbincangan sesama jemaah dan pihak surau bersetuju untuk mengeluarkan perbelanjaan untuk membeli kompang dan pihak surau juga mengalu-alukan para jemaah dan anak-anak muda untuk turut serta. 

Dalam masa Sebulan selepas tarikh perbincangan kami pun pergi mencari kompang di kawasan Muar,Johor kerana ramai mengatakan dikawasan Muar memang banyak pembuat kompang. Budget yang diterima dari pihak surau hanya dapat membeli 12 biji kompang sahaja. Kami tetap bersyukur kerana sekurang-kurangnya ada juga 12 biji kompang untuk kumpulan kami.

Pada hari pertama untuk peringkat permulaan Tuan Haji Rosdi Bin Haji Abdullah yang mengajar kami asas bermain kompang. Seramai 30 orang yang hadir untuk belajar kompang. Alhamdulillah dapat sambutan yang sangat hebat. Maka terpaksalah belajar bergilir-gilir kerana kompang hanya ada 12 biji sahaja.

Dengan itu rasminya kumpulan KOMPANG AT TAQWA ditubuhkan atas nama surau kerana surau yang banyak menyumbang kepada kumpulan kompang. Tidak lupa juga kepada individu yang turun menghulurkan bantuan kepada kumpulan kami.

Pada peringkat awal kami banyak membuat paluan dengan lagu nasyid seperti Sepohon Kayu, Iman Mutiara dan banyak lagi. Tetapi kemudian hari kami terpaksa selitkan juga lagu kahwin kerana terdapat banyak jemputan kenduri kahwin. 

Kini Surau At Taqwa sudah menjadi Masjid. Kompang At Taqwa mempunyai ahli seramai 20 orang. Kami juga telah mempunyai 'JIDOR'. Ianya juga dari permintaan orang-orang Masjid.

No comments:

Post a Comment